Blogger Templates



I made this widget at MyFlashFetish.com.


..Pada-MU Tuhan..

Ya  Allah Ya Tuhanku,
Pada-Mu tempat aku bersujud,
Menadah tangan aku berdoa,
Mohon petunjuk dan hidayah daripada-Mu...

Aku redha ya Allah dgn segala dugaan-Mu,
Aku yakin aku juga berhak bahagia seperti manusia lain,
Aku sentiasa berusaha tanpa sedikit rase putus asa,
Kerana aku tahu Hanya Kau Yang Maha Mengetahui...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa orang-orang aku sayang, 
Dosa adik-beradikku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa saudara maraku,
Hanya Kau Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengampun.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Hamba-Mu ini penuh dengan kelemahan,
Diriku serba kekurangan,
Tambahkan aku dengan ilmu-Mu Allah,
Supaya aku juga sama dengan mereka yang berilmu...
Andai kemewahan yang manusia nampak,
Mudah-mudahan aku tidak akan seperti itu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Hanya pada-Mu aku mengadu,
Berilah aku peluang untuk aku meraih kebahagiaan,
Bersama orang yang aku sayang,
Aku tahu aku hanya mampu merancang,
Kau yang berhak menentukannya...

Salahkah aku menyayangi seseorang,
Yang aku rasakan dia adalah imamku dalam hidupku,
Aku akui ya Allah perasaan kasih sayang itu sangat indah,
Sehinggakan kadang-kadang buat aku hanyut,
Tapi aku cepat tersedar supaya tidak alpa pada-Mu ya Allah,
Hanya yang aku inginkan dalam hidupku dalam keredhaan-Mu Ilahi.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku tidak mampu dan aku tidak kuat untuk hadapi semua ini,
Adakah kebahagiaan itu bukan milikku??
Bukan harta dan wang ringgit yang aku dambakan,
Aku perlukan seseorang yang boleh menjadi imamku kelak,

Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah...
Doaku padanya tak pernah padam selagi diri ini masih bernafas...
Ku doakan dirinya sentiasa dalam rahmat dan kasih-MU Tuhan.

Terima kasih Ya Allah atas pemberian-Mu untuk aku belajar menyayangi dirinya.....

Silalah Klik Yer...:)

0 comments:

Post a Comment