Blogger Templates

~SeDeTiK LeBiH.~


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu



Bingkisan Hati~~> Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan...



Coretan Miss Ayu~~> Still loving and missing you....where are you my dear???huhuhu..pagi2 ni jom layan lagu "sedetik lebih" drp Anuar Zain...suke lagu ni...:)

Silalah Klik Yer...:)

...mAafKan DiRi iNi...

SaYanG,
Betapa aku menyesali segala perbuatanku,
Berilah aku sekali lagi peluang,
Untuk aku membuktikan kesetiaan & kejujuranku.

SaYanG,
Kau telah mendidik & mengajarku,
Tapi keegoanku tak pernah hilang,
Sungguh aku ingin sekali,
Menjadi Insan yang lebih memahami perasaanmu.

SaYanG,
Maafkan diri ini,
Masihkan ada peluang untuk diri ini??
Aku berharap aku masih ada peluang,
Untuk aku hidup bersamamu.

SaYaNg,
Aku tahu kau banyak terluka & kecewa,
Dengan sikapku yang banyak karenah,
Tapi percayalah sayang,
Hadirmu sedikit sebanyak telah mengubah pendirian hidupku.

SaYang,
Di kesempatan ini,
Ingin sekali aku memohon sejuta kemaafan,
Atas segala kesilapan yang telah aku lakukan,
Berilah aku peluang untuk menyakinkan dirimu,
Bahawa aku sangat mencintai & menyayangi kamu.

Silalah Klik Yer...:)

...DOA SeOraNg KeKaSih...



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Silalah Klik Yer...:)

~Tips Menjaga Hati Pasangan~


1. Mengambil Hati
...:: Dlm perhubungan, ia melibatkan 2 hati yg diikat mnjadi 1. Kedua2nya perlu ade sikap toleransi di antara 1 sama lain & "give & take". Layan pasangan dengan baik, cakap elok2 barulah si dia rase seronok dan senang apabila bersama.

2. Mendengar Masalah
...:: Setiap pasangan yang bercinta pasti akan menghadapi masalah. Jadi apabila pasangan kamu bermasalah, pasti memerlukan seseorang untuk si dia meluahkan apa yg terbuku di hati. Sebagai pasangan yang memahami, sangatla perlu kamu mendengar masalah si dia. Jangan terlalu sibuk dengan urusan lain hingga tidak menghiraukan si dia. Cuba ajak si dia untuk berbincang dan cari penyelesaiannya. Walaupun kamu tidak mampu menolongnya, sekurang2nya kamu sudah mendengar masalah dan perhatian kamu kepada si dia.

3. Menghormati keputusan
...:: Tips ini juga sangat penting kerana keputusan yang dicapai adalah untuk kebaikan bersama. Setiap pasangan perlu menghormati keputusan yang dibuat demi kebahagiaan bersama dan andai keputusan itu negatif, perlulah saling menasihati.

4. Saling Membantu
...:: Ini adalah penting sekiranya si dia menghadapi kesulitan. Sekiranya si dia memerlukan bantuan kamu, kamu hulurkan sahaja bantuan tak kira walau dalam bentuk apa jua sekalipun. Ini dapat menunjukkan bahawa kamu sentiasa berada di sisi dia tatkala si dia menghadapi masalah. Begitu juga sebaliknya...

Silalah Klik Yer...:)